Wink3 :D
Jumpa lagii ehh kita...BAHAHH XD
Harini memang banyak giler lukisan hati yg aku akan post dengan berlainan tajuk dan isi..Hee,
Sebab aku nk post sebelumni takk sempat lerr --'
Busy gurl katekann..NGEHEHE XD
oKEYHH,lukisan hati kalini akuu mauu post pasal novel..Hee,akuu nakk kasi promote sikit novel ni..
Actually novel2 semua nii adalah novel aku sendiri..
Akuu ni memang gila novel :))
Bilaa ade duitt je,then nampak je novel..HA!!Mulaa laahh lajuu tanganntu nak capai satu persatu novel then beli..KIH3 >_____<
Then,bila poket dah kosong,mulahh menggedik mintak duit poket dr mu mak..BHAHAH XD
Okeyh u all,takk baikk okeyh buat mcmtu..Hihi ;)
Kesiann mak korang if buat mcmtu..Jangan tiru tau!HEE :))
Okeyh!Sekarang akuu akan start dengan novel pertama dan seterusnya okeyh..
Akuu akan post gambar biar korang senang sikit nak cari..Then,harga,penulisnya,nama buku,sinopsis dan ,penerbitannya dan jugakk berapa bintang aku patut beri untuk buku tu okeyh :))
Enjoy! (^_^)
1.Novel first kegemaran aku :)
Tajuk Buku: Bicara Hati
Penulis: Damya Hanna
Harga: Rm18.00
Penerbitan: Group Buku Karangkraft / Alaf21
Bintang: 5Bintang
Sinopsis: Dalam suatu kemalangan kecil yg tidak disengajakan,
Tengku Syahran dan Zahlia bertemu d mana ketika itu Tengku Syhahran
sedang buntu apabila emaknya ingin menjodohkannya bersama Linda
perempuan yg tidak dicintainya.Seminggu setelah itu,Tengku Syahran
menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia demi mengelak dirinya
dikahwinkan dengan Linda.Zahlia terkejut dan serba salah untuk menerima
lamaran itu. Akhirnya Zahlia setuju dengan syarat hak-hak peribadinya
tidak diganggu.Setelah diijabkabulkan,Tengku Syahran mula berubah.
Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut perjanjian yg telah
ditetapkan.Zahlia rasa tertipu.Tengku Syahran mula mungkir janji.
Benarkan hakikat bahawa perkahwinan yg berdasarkan kontrak
tidak dapat mengundang rasa cinta?Ingin tahu?Beli novel ni okeyh..Hihi :)
NOTED:Actually novel ni diadaptasikan jadi sebuah drama d ASTRO.
Tapi honestly,antara novel dan drama memang jauh berbeza kualitinya.
And bagi aku kualiti drama tu aku cuma mampu bagi bintang sebanyak
1 bintang je..Hahah --'
2.Novel ketiga kegemaran aku :D
Tajuk Buku: Cinta Tiga Suku
Penulis: Herna Diana
Harga: RM19.90
Penerbitan: Group Buku Karangkraft/alaf21
Bintang: 5Bintang
Sinopsis: Menceritakan mengenai kisah pertemuan Iman dan Arie
yang pada mulanya menjadi musuh ketat disebabkan Iman yang brutal
dan sering melontarkan kata-kata tanpa berfikir dahulu menyebabkan
Arie membenci gadis itu.Serta keegoan Arie yang pada awal pertemuan
menyebabkan gadis itu amat anti dengan jejak kacak itu.
Sejarah silam menyebabkan Iman bertukar perwatakan daripada
gadis yang lemah lembut menjadi gadis yang kasar.
Dan pertemuan antara mereka pasti dihiasi insiden perlanggaran.
Siapa sangka,mereka yg pada awalnya berkenalan sebagai musuh!
Akhirnya menjadi rakan baik dan akhirnya mendirikan rumah tangga.
Sayangnya,ketika itu Arie baru sahaja putus cinta lalu tidak dapat menerima
kehadiran Iman sebagai isterinya sepenuhnya.Namun Iman sudah bertekad
untuk 'mengorat' suaminya yang dlm pada masa yg sama menjadi sahabat
karibnya itu.Adakah Iman berjaya dalam misi 'mengoratnya' itu?
Ingin tahu?Jangan lupa beli okeyh!Berbaloi baloi :D
3.Novel Ombak Rindu ;) ,confirm ramai yg tahu novelni kan
Nama Buku: Ombak Rindu
Penulis: Fauziah Ashari
Harga: RM19.90
Penerbitan: Group Buku Krangkraft/Alaf21
Bintang: 4Bintang
Sinopsis: Izzah ,gadis yatim piatu yg kematian org tua akibat kemalangan
jalan raya terpaksa tinggal bersama bapa saudaranya,Pak Cik Taha.
Namun kehadirannya dianggap sebagai pembawa malang.
Disebabkan tabiat suka berjudi,Pak Cik Taha sanggup menjual anak
saudaranya itu kepada tauke kelab malam.Izzah terpaksa walaupun tidak
rela.Di situ,Izzah berkenalan dengan Hariz dan dasar simpati,Hariz membawa
Izzah keluar dari neraka jahanam itu.Hariz juga bersetuju mengahwini Izzah
tetapi dengan syarat perkahwinan ini mesti dirahsiakan!.
Tanpa disedari perasaan sayang mula timbul d hati Izzah.Namun,Hariz
dipaksa mengahwini Mila Amylia.Bahagiakah rumah tangga yg dibina
dengan kehadiran orang ketiga?Siapakah pilihan hati Hariz?Ingin tahu?
Jangan lupa beli ok :)
4.Novel Dibius Cinta xD
Tajuk Buku: Dibius Cinta
Penulis: Qash Irdina
Harga: RM19.90
Penerbitan:Group Fajar Pakeer
Bintang: 4Bintang
Sinopsis: Pertemuan pertama mencipta pengalaman memalukan
apabila pemuda yang cuba membantunya diserang dengan
beg bangla miliknya.Kemudian pertemuan demi pertemuan
tercipta dengan sendirinya dan seolah-olah takdir sengaja
mempertemukan mereka.Tanpa disedar,takdir menyatukan
Adam Syafiq dan Cazlin Amalina mereka atas rencana yg
tersembunyi.Mungkinkah ikatan yg dibina tanpa perasaan
cinta mampu happy ending?Mmpukah mereka
menghindari bius-bius cinta yg mula menghampiri?Sejauh mana
hubungan itu berkekalan?Ingin tahu?Beli cepat ok..Hoho :D
5.Novel Camar Yang Pergi
Tajuk Buku: Camar Yang Pergi
Penulis: Iris Ixora
Harga: RM 19.90
Penerbitan: Alaf 21
Bintang: 2 Bintang
Sinopsis: Dilara seorang gadis miskin yg tidak habis sekolah sering
berkhayal untuk berdampingan dengan lelaki kaya.Khayalnnya
hampir jadi kenyataan apabila dia menjadi tukang cuci d rumah
orang kaya bagi menggantikan ibunya yg sakit.Dalam diam
dia dapat mendampingi Orhan,anak majikannya dan sering
berkhayal bahawa mereka akan bersama kelak.Namun apakan
daya,Orhan milik Nesye.Akhirnya,dia membuang anggannya
dan menanggung kesedihannya sendiri.Bagi Orhan pula,
perkahwinannya dengan Nesye suatu kesilapan kerana dia
masih belum bersedia,tambah lagi sikap Nesye yang tidak mahu
menerima Ebru adik kesayangannya.Dalam diam
dia sebenarnya sudah lama terpaut pada Dalira semenjak
pertemuan pertama mereka.Apakah yang akan terjadi
antara mereka bertiga?Adakah Orhan akan membuat keputusan
untuk menceraikan Nesye dan terima Dalira dalam hidupnya?
Atau dia akan terus bersama Nesye?Adakah cinta Orhan dan
Dalira mampu kekal untuk selamanya?Ingin tahu?Beli tau!Wink :D
6.Novel Sepi Tanpa Cinta
Tajuk Novel: Sepi Tanpa Cinta
Novel: Damya Hanna
Harga: RM18.00
Penerbitan:Group Buku Karangkraft/Alaf21
Bintang: 3Bintang
Sinopsis: Haziqah ingin hidup bahagia bersama Yusri namun siapa sangka
di saat hari bahagianya bakal menjelma ada yg membuat onar sehingga
kesucian dirinya dipersoalkan lalu pelamin angannya musnah bersama
harapannya yang hancur.Namun dia tekad untuk menamatkan fitnah lalu
menerima Fakrul untuk menjadi suaminya walaupun dia tidak mencintai
lelaki itu.Tapi malangnya,perkahwinan itu hanya menambah derita di
hatinya.Dia dikeji dan digantung tidak bertali!Bagi Fakrul,cintanya
bukan untuk Haziqah tapi untuk Azura.Namun kecurangan Azura
menambahkan kebenciannnya pada Haziqah.Tetapi,pertemuan keduanya
dengan Haziqah membuatkan dia mula rasa yakin Haziqah hanya untuknya.
Adakah Haziqah mampu untuk menerima kembali Fakrul setelah dirinya
dimaki dan dihina?Ingin tahu?Belilah!Hee :D
Okeyh,tu je novel yg mampu akuu promote..Nak lagi?Bak sini duit biar aku beli then da habiz baca aku promote okeyh..BHAHAHAH XD
oKEYH,Chow cincau dulu..Take care,salam
And as usual DON'T MISS ME SO MUCH!(^_^)
No comments:
Post a Comment