Followers

Friday 11 May 2012

Hukum Menyambut Hari Ibu :)


Salam ustaz.
Saya ingin bertanya.Sekarang ramai yang kecoh pasal hukum menyambut perayaan hari ibu.
Ada yang kata haram tapi ada juga yang berkata tidak sebab niat kita cuma ingin meraikan ibu kita.
Jadi saya ingin bertanya,
1.adakah haram menyambutnya?
2.Jika haram kerana apa?
3.Ada atau tidak fatwa mengenainya?


Jawapan pertama :
sambutan ini dikhususkan kepada kaum kaffir sahaja dan ummat Islam diharamkan meraikannya.Mengapa?Salah satunya adalah kerana Bida'ah.Apa itu Bida'ah?Bida'ah adalah sesuatu yg tidak dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dan dalam Islam itu sendiri,Hari Ibu bukan dikhususkan kepada satu hari saja ttp pada setiap hari,minggu,bulan dan sepanjang tahun.Islam itu lebih Indah daripada agama2 yg bathil ini.Dan disini sy sertakan beberapa Hadith;

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum,maka dia dalam kalangan mereka” diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat;AbdulLah bin ‘Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik.Antara ahli hadis yang mengumpul hadis ini; Abu Daud, Ahmad bin Hanbal, Ibn Abi Syaibah, al-Bazzar dan lain-lain.Hadis dinilai oleh Ibn Taimiyyah(w. 728H) sebagai sahih,al-Iraqi (w. 806H)juga menilai sebagai sahih,Ibn Hajar al-‘Asqalani(w. 852H)menyatakan ia ‘hasan’ dan demikian juga al-Albani."

Hadis ini secara umumnya memberikan maksud yang positif dan negatif.Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum atau puak yang baik atau terpuji maka dia termasuk dalam kalangan mereka yang terpuji atau akan dianggap baik dan terpuji.Sementara sesiapa yang menyerupai kaum atau puak yang buruk atau tidak baik maka dia dianggap dalam kalangan mereka.Perkataan man tasyabbaha(sesiapa yang menyerupai)iaitu tasyabbuh(menyerupai)dalam hadis ini merujuk kepada sesuatu perkara yang menjadi ciri khusus sesuatu pihak yang mana jika seseorang menyerupai keadaan atau hal tersebut maka dia akan dianggap termasuk dalam kalangan mereka seperti pakaian yang khas untuk kumpulan tertentu atau agama tertentu,atau perayaan khas untuk agama tertentu atau majlis khas untuk puak atau agama tertentu,maka dia dinilai dalam kalangan mereka.Adapun jika perkara tersebut bukan khusus untuk mereka,maka itu tidak termasuk.Kata al-Imam al-Son’ani (w. 1182H):

“Hadis menjadi dalil bahawa sesiapa yang menyerupai golongan fasik,atau kuffar atau ahli bid’ah dalam apa-apa perkara yang khusus untuk mereka,samada dalam pakaian,kenderaan atau cara,maka dia termasuk dalam kalangan mereka.Jika dia menyerupai kafir dalam pakaian(khusus)dan beriktikad untuk jadi seperti mereka,maka dia telah kufur.Jika dia tidak beriktikad demikian,maka para fuqaha(ahli fekah)berbeza pendapat mengenainya.Ada yang menyatakan dia menjadi kufur kerana berdasarkan secara zahir hadis tersebut.Ada yang menyatakan tidak kufur, tetapi dia diadabkan(oleh pemerintah)”.(al-Son’ani, Subul as-Salam,4/321.Beirut:Muassasah Fuad).

Ertinya,menyerupai sesuatu yang khusus bagi agama tertentu seperti memakai salib, atau pakaian khusus paderi dan sami, atau amalan khusus agama tertentu seperti bertafakur di kuil dan seumpamanya adalah perbuatan yang haram.Jika ia diikuti dengan iktikad seperti mereka,maka dia menjadi kufur.Sementara, jika dia sekadar suka-suka, atau melakukan tanpa niat yang kufur,amalan tersebut TETAP HARAM.Cumanya,ulama berbeza pendapat,ada yang menganggapnya telah kufur,ada pula yang menyatakan tidak,tetapi TETAP HARAM DAN BERDOSA.Saya menyokong pendapat yang menyatakan sekiranya menyerupai golongan kufur tetapi tidak beriktikad kufur perbuatan tersebut berdosa tetapi tidak terkeluar dari agama.Namun,jika dia menyerupai mereka secara penyerupaan zahir dan juga batin iaitu dengan iktikad yang sama,maka dia menjadi kufur.Kadar dosa menyerupai itu berdasarkan kadar perkara yang ditiru atau diserupai.Sekali lagi hendaklah kita jelas,penyerupaan yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah penyerupaan dalam perkara-perkara yang khusus untuk sesuatu puak atau agama.Jika perkara tersebut tidak khusus untuk mereka, maka hadis ini tidak berkaitan.Dalam dunia globalisasi,banyak unsur budaya dan adat telah dikongsi oleh pelbagai pihak seperti pakaian,makanan,binaan dan seumpamanya yang bukan lagi khusus untuk agama tertentu.Maka,kita hendaklah teliti dalam menilai apa yang khusus dan apa yang umum.Pakaian yang dipakai oleh mereka yang bukan muslim tidak semestinya melambangkan agama mereka atau khusus untuk agama mereka.Begitu makanan,binaan dan adat tertentu.Makan dengan sudu-garpu atau cop-stick,berjeket,berumah ala-Inggeris atau Jepun bukanlah berkaitan agama.Kesimpulannya;Kita dilarang meniru atau menyerupai apa yang khusus untuk agama lain,atau apa yang khusus untuk sesuatu puak atau kumpulan yang mempunyai nilai yang negatif dan buruk.Kita boleh menyerupai apa yang tidak khusus untuk agama tertentu atau tidak memberi imej yang buruk.Mudahan kita terpelihara daripada dakyah2 kaffir ini dan mudahan kita dilimpahi rahmat dan hidayah daripada Allah S.W.T. Insya-Allah..

Firman Allah;Dan janganlah kamu mngatakan terhadap apa yg disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta,"ini halal dan ini haram",untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah,sesungguhnya orang yg mngada-adakan kebohongan Allah itu tiadalah beruntung.Itu adalah ksenangan yg sedikit dan bg mreka azab yg pedih."-Surah an-Nahl ayat 116:117-

Firman Allah;"Wahai orang2 yg beriman,bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yg benar,nescaya Allah memperbaiki bagimu amal-amalmu dan mngampuni dosa-dosamu.Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yg besar."-Surah al-Adzab ayat 70:71-

Firman Allah;"Dan orang2 yg Kami cepatkan itu,ada satu Ummat yg memberi Petunjuk dengan Kebenaran,dan dengannya mreka menjalankan keadilan."-Surah al-A'raf ayat 181-

Firman Allah;"dan sebaliknya sesiapa yg berada didunia ini(dalam keadaan)buta(mata hatinya),maka ia juga buta di Akhirat dan lebih sesat lagi jalannya."-Surah al-Israa' ayat 72

Firman Allah;"terimalah apa yg mudah engkau lakukan dan suruhlah dengan perkara yg baik,serta berpalinglah(jangan hiraukan)orang2 yg jahil(yg degil dengan kejahilannya)".-Surah al-A'raf ayat 199-

Daripada Abu Sa’eed al-Khudri radhiyallahu ‘anhu bahawa Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:Sesungguhnya kamu akan menurut langkah orang terdahulu dari kamu sejengkal demi sejengkal,sehasta demi sehasta.Sehinggalah bila mereka masuk lubang biawak sekali pun kamu turut menurutnya.Para sahabat bertanya:Adakah yang dituruti itu Yahudi dan Nasrani?Rasulullah lantas menjawab,siapa lagi kalau tidak mereka itu.-Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim-


Jawapan kedua:
HARI IBU di fatwakan oleh ulama’-ulama’ di sebelah Timur Tengah adalah haram kerana hari ibu ini asalnya adalah hari “The Mother of God” dalam upacara kalendar orang kristian, The Mother of God yang bermaksud hari ibu Tuhan, orang kristian mengangap maryam iaitu ibu kepada Nabi Isa a.s ini adalah ibu Tuhan. Dalam Islam menyuruh umatnya mengenang jasa ibu ini setiap masa dan waktu sepanjang tahun bukan setakat satu hari sahaja.."

Rasulullah SAW pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani]

Soalan:

Jadi ini bermakna hari ayah semua tu pun haram juga untuk disambut?


Jawapan:

Ya Hari Bapa juga sama dengan Hari Ibu..Melainkan Hari Guru kerana masih tiada Fatwa yg mngharamkannya..

Wallahu`alam.

Buktinya:

 http://www.youtube.com/watch?v=27AfS4YKxys
Boleh bukak video ni..



NOTED:
OK,
Firstly:Tujuan akuu buat nota ni sebab 
-Aku nak bersihkan balik nama aku sebab ade yg cakap aku cakap main hembusje tak baca al-quran ,tak baca hadis tak paham makna dan isinya .Untuk pengetahuan korang,ya mungkin ilmu agama aku tak cukup kuat macam kau.Yes,mybe aku mengaku yg aku tak mungkin dapat fahami semua maksud ayat al-quran yg aku baca.Tapi aku bukan begitu BODOH nak cakap main HEMBUS je ,aku masih tahu dosa pahala kalau main cakap ikut sukahati tak berdasarkan landasan yang betul.
-Aku tahu masih ramai yang masih kabur pasal benda ni kan.Jadi aku cuma mahu membantu supaya kita semua tidak melakukan sesuatu yang sudah jelas berdosa kalau kita lakukannya.Malah aku ngaku,dulu aku juga menyambut hari ibu sebab aku MASIH TAK TAHU,tapi lepas aku TAHU,aku terus tak sambut sebab aku masih waras untuk berfikir mana yang betul mana yang salah.
-Aku bukan nak pertahankan ego aku tapi nak pertahankan ISLAM
-Tak salah kalau kita nak tegur orang,tapi mulut tu agak-agaklah ye
-Bagi yang bukan beragama ISLAM,walau apapun,korang tak patut massuk campur sebab ni hal agama kami.Walau apapun hukum atau undang-undang ISLAM,u all tak layak nak mempertikaikan hukum ISLAM.Dan bagi yang ISLAM,korang sendiri patut fikir dulu sebelum nak menyokong mereka yg dah sah2 tak tahu apa2 pasal hukum ISLAM.Dan bagi yg tak tahu apa,please jangan main sembur je.
Secondly:
-Haram bukan bermakna kita tak boleh nak meraikan IBU kita.Sepatutnya kita meraikan IBU kita setiap tahun setiap bulan setiap minggu setiap hari setiap jam setiap minit dan setiap saat
-Hari IBU bukan SEHARI tapi SETIAP HARI.Kita sepatutnya menghargai kewujudan IBU kita setiap masa bukan hanya pada hari IBU yang dah sah2 haramtu
-Tak guna juga kalau kita tak jadi anak yg soleh @solehah dan selalu kurang ajar dengan ibu kita even kita sambut hari IBU tu tiap tahun kan? :)
-Semoga semua dapat pengajaran dari notes ni.Bagi yang terasa hati,maaf,
saya @ aku manusia tak sempurna.Mudah cepat marah bila fakta yg disampaikan dipanggil auta.
Saya @ aku manusia yg mudah keluarkan kata2 kesat bila dalam keadaan marah,dalam keadaan sakit hati.
Jadi,sepuluh jari disusun minta maaf untuk semua. :)
Dari awal saya @ aku tak berniat langsung nak bersikap perkauman apatah lagi nak maki orang.
Saya @ aku bukan sorang yg suka maki2 orang  ( kalau korang kenal sape mira,korang akan tahu itu BETUL!)
Saya @ aku akan pertahankan sesuatu jika dia rasa benda tu betul :)
Sekian,salam :))


(^_^)DON'T MISS ME SO MUCH!(^0^)

2 comments: