Followers

Thursday 26 April 2012

Berakhir Sudahh! (^_^)

Dahulu aku sayang sama dia..
Tapi dia tidak terimaku
Lalu kamu datang menghulur kasih
Dan aku terima huluranmu dengan harapan kita dapat membina mahligai kita
Tapi kemudian kita dilanda pelbagai masalah
Aku khilaf
Aku membuat sebuah kesalahan sehingga kau tawar hati lalu meninggalkanku
Kau tidak menerimaku kerana kesalahanku
SEBUAH kesalahan sahaja sudah membuatmu berputus asa terhadap hubungan kita
Aku kecewa
Bukan sahaja kecewa kerna kesalahan itu
Namun juga kerna kau tidak dapat menerimaku
Saban hari aku tangisi permergianmu
Dan dia masih setia disampingku
Setia menemani sepiku
Kini  aku sudah sedari bahawa kita tidak berjodoh
Dan hanya satu yang ingin ku sampaikan
Jika dulu aku menangis kerna kehilanganmu namun sekarang aku tersenyum kerna itu
Kerna perpisahan itu aku lebih tabah menghadapi dugaan hidup
Kerna itu aku lebih mengenali kamu
Kerna itu aku lebih mengenal diriku
Kerna itu aku lebih tahu apa yg terselindung d sebalik hatiku
Kini ia sudah berakhir
Dan aku harap kita takkan pernah berjumpa lagi
Supaya kau dan aku lebih bahagia dengan kehidupan masing-masing
Dan aku pasti kau akan lebih bahagia tanpa diriku
(^_^)DON'T MISS ME SO MUCH!(^0^)

No comments:

Post a Comment