Followers

Monday 18 June 2012

Sahabat :)










NOTED : Bercinta dengan kawan baik sendiri ? Try dengar lagu ni  :)

      Aku pernah 'rasa' benda yg sama jadi aku dapatt rasa apa yg cuba d sampaikan dlm lagu ni
     Kadang2 ada kawan baik yang boleh melangkah ke frasa yg baru iaitu kekasih tapi ada juga yg hanya    
     mampu menjadi kawan baik untuk selamanya :)
     Kadang-kadang ada yg merasakan bercinta dengan kawan baik lebih indah dan bermakna apatah lagi
     bila dia lebih mengenali dan memahami diri kita daripada orang lain. Tapi ada juga yg beranggapan
     lebih indah perhubungan itu jika hanya diteruskan sebagai kawan baik dan tidak lebih dari itu :)
     Walau apapun,cinta tidak dapat dipastikan dari mana ianya datang , bagaimana ia datang , bila ia datang
     , kenapa ia datang dan kepada siapa dia datang . Tapi yang pasti cinta pasti akan datang kepada 
     sesiapa pun yang DIA mahu :)
    Jika punya jodoh , walau serenggang mana sekalipun dan sekerap mana sekalipun kita bergaduh dengan
    kawan baik kita ,jika punya jodoh insyaAllah kita pasti akan bersatu .
    Namun jika tidak punya jodoh , berkawan lah selama mana sekalipun ,kita pasti hanya akan kekal sebagai
    kawan baik untuk selamanya . Pastinya ramai antara pasangan di dunia ini memulakan hubungan dengan  
    sebuah persahabatan . Ada yang dimulakan dengan baik ,sebagai kawan tanpa sebarang perasaan cinta
   lalu mulakan sebuah perhubungan dengan ikhlas sebagai sahabat. Lalu akhirnya mewujudkan rasa cinta
   dalam hati masing-masing . Ada juga yang memulakan perhubungan sebagai musuh lalu berkawan dan
    akhirnya keakraban mewujudkan rasa sayang dalam diri masing-masing . Malah , ada juga yang
   memang sudah ada rasa sayang tetapi hanya mampu memulakan perhubungan sebagai kawan
   demi  untuk memikat dan mengenali si dia dengan lebih rapat.


      Walau apa pun , setiap perhubungan pasti ada dugaan dan cabaran masing-masing . Walaupun
     sebelumnya kita amat pasti kita mengenali kawan baik kita luar dan dalam . Tapi ketika itu, kita hanya
     kenal dia sebagai sahabat . Tapi selepas berkasih ,kita akan lebih mengenalinya . Ada yg rasa terkejut
     kerana kadangkala sahabat yang kita kenal amat berbeza perangainya apabila menjalin kasih dengan kita.
     Dan jika sebelumnya kita biasa bergurau walau kedengarannya kadangkala amat kasar bunyinya
    namun kerana kita bergelar seorang 'sahabat' maka si dia menerima 'gurauan' itu sebagai sebuah jenaka
    biasa.Namun , selepas bercinta ,ianya menjadi lain . Perasaanya menjadi lebih sensitif dan mudah tersentuh
    dengan sebarang jenaka yg kita buat walaupun pada dasarnya jenaka itu terlalu kerap kita keluarkan
    saat bersahabat dengannya ketika dahulu . Jika dulu kita bisa melepak bersama kawan-kawan yang
    berlainan jantina tanpa dia merasakan cemburu namun kerana kita berkasih dengganya sekarang,maka
    perasaan cemburu mula hadir dalam hati dan kadang-kadang menyebabkan tercetusnya perbalahan
    antara kita .


    Namun , dalam segala cabaran dan dugaan yang kita hadapi tu , terdapat banyak kelebihan yang
    terselindung di sebalik segala onak dan duri dalam perhubungan kita . Dia akan lebih mengenali dan
    memahami kita . Kehadirannya bukan sahaja dapat menggembirakan kita malah mampu membahagiakan
   kita. Malah,dia juga boleh sentiasa d samping kita seperti saat bersama sebagai sahabat dahulu . Jika
   dulu kita melepak bersama sebagai kawan ,sekarang kita 'melepak' sebagai kekasih .Kita juga bisa
    berbual dengannya dengan sebarang topik dan berbual dengannya  bebas seperti dahulu .Kita juga akan
    bisa lebih mengenali siapa sahabat kita yang sudah menjadi kekasih kita itu.Malah ,dalam diam kita
    tak perlu takut untuk dikecewakan atau dicurangi kerana kita lebih mengenali dan memahami isi hati
    dia .Jika difitnah orang lain juga kita akan memikirkan berulang kali untuk percaya kata-kata dusta
    pengfitnah itu kerana kita lebih mengenalinya .



   Jika di lihat daripada mata kasar , kelebihan dan keburukan lebih kurang sama banyaknya .Tetapi
    sebenarnya setiap perhubungan bukanlah berdasarkan berapa lama kita sudah kita berkawan atau
    bagaimana memulakan perhubungan itu . Kerana,kita sebagai pemilik cinta itu yang harus mencorakkan
    perhubungan kita.Jangan pernah mengalah hanya kerana bergaduh kecil.Jangan mudah percaya kata-
    kata pendengki . Berfikir logik sebelum melakukan sebarang keputusan kerana kita yang akan menyesal
   kelak . Sebarang keputusan harus dibuat selepas berfikir berulangkali dan ambil lah masa beberapa
   hari untuk berfikir dalm keadaan 'waras' .Jangan pernah menjadikan 'CINTA ITU BUTA' sebagai
   alasan kita  hendak 'membutakan' mata kita . Mungkin benar cinta itu buta kerana cinta tidak punya
   mata , tetapi  kita manusia punya mata ,punya telinga ,punya akal dan fikiran . Jangan pernah
   benarkan cinta  membutakan mata hati kita . Seseungguhnya cinta itu indah walaupun ia lebih banyak
    mengecewakan dan menyakitkan . Walau apa sahaja permulaan hubungan cinta kita yang penting
   pengakhirannya Permulaan bisa dimualakan dengan pelbagai bentuk dan cara . Tetapi pengakhirannya
   biar kita sahaja yang mencorakkannya . Lalu akhirnya biar YANG ATAS SANA yang menentukan :)



Sekian lukisan hati amirah pada hari ini yang bertajuk sahabat . Moga lukisan hati ini bisa menjadi pedoman
untuk semua orang termasuk amirah itu sendiri.Sesungguhnya cinta itu milik ALLAH lalu dipinjamkan kepada kita hambanya agar hidup aman damai di dunia ini . Kadang-kadang kita berusaha mencari cinta tetapi
ingatlah cinta yang dicari pasti akan pergi . Kita cuba menyayangi seseorang kerana simpati tetapi hakikatnya
cinta berdasarkan simpati tidak akan pernah kekal . Kita menyayanginya kerana wajahnya yang rupawan namun sebenarnya cinta itu hanyalah nafsu semata yang pasti akan dibawa pergi oleh masa dan keadaan .
Sayangilah seseorag kerana kelemahannya dan lengkapilah kelemahannya dengan kelebihan kita lalu pasti dia  akan melengkapi kekurangan kita balik dengan kelebihannya . Kadang-kadang kerana kelemahannya lah membuatkannya lebih bernilai daripada yang bernilai . Kelebihan seseorang mampu membuatkan seseorang lain membencinya dan kadangkala kelemahan seseorang mampu membuatkan seseorang terpesona dengannya :)
Sekian assalammualaikum dari saya NUR AMIRAH BINTI MOHD MONIL (^_^)
Ohh ye jgn lupa take care and dont miss me so much ! :D
(^_^)DON'T MISS ME SO MUCH!(^0^)

No comments:

Post a Comment